Mencari Yang Halal Itu Fardu

Mencari Yang Halal Itu Fardu

Thursday, January 17, 2008

Perancangan Kewangan Penting Untuk Urus Keluarga

Saya mencadangkan agar modul perkahwinan di dalam kursus perkahwinan diisi slot perancangan kewangan keluarga sebelum diberi sijil kursus kahwin .Ianya penting dan amat penting.Bagaimana ada hadis menyebut:
" Kemiskinan itu boleh membawa kekufuran " , ianya menjuruskan agar kita merancang sesuatu untuk perkara yang akan datang. Perancangan untuk anak-anak , persaraan , kecemasan , kesihatan , kematian , kecacatan kekal , kehilangan kerja semuanya akan mempengaruhi kehidupan mereka yang tersayang.
Masalah masyarakat kita cuma memikirkan hal pelamin , mas kahwin , hantaran yang banyak dan sebagainya namun ilmu untuk mengurus wang yang penting untuk keluarga tidak diutamakan.
Bagaiman isteri dan anak dapat berkeluarga dengan baik andai semuanya serba tak cukup. Biar sedikit namun semua pembahagian perlu dilakukan seadilnya untuk keluarga. Jika kecil pendapatan maka , buatlah bajet senilai dengannya. Janganlah pendapatan kecil nak juga pakai kereta BMW, pakai satu hari sajalah lepas tu kena tarik.
Jadi melaburlah seawal usia muda , kerana semakin awal semakin baik dan lebih nilainya akan datang.Saya mencadangkan agar semua Jabatan Agama Islam di Malaysia mengisi slot Perancangan Kewangan dalam modul Kursus Kahwin ( Macamla saya ni YB..bukan maksud begitu saya ingin memberi idea kepada YB kita)
Wassallam

1 comment:

Roslan said...

Bagus idea tu! Apa lagi JAKIM, bukalah forum untuk perancangan Islam!